Acar Timun Mentah yang selalu dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain. Rasa tak lengkap bila tiada acar ni untuk dimakan bersama nasi tomato. Cara nak buat acar ni takla susah sangat malah lebih mudah dan tak perlu dimasak lagi. Sebab tu lah dipanggil acar mentah dan bahan-bahan pun mudah sahaja. Acar ini melengkapkan hidangan nasi yang berminyak kerana kandungan cuka yang tinggi dan sesetengah orang panggil hidangan ‘potong lemak’ kerana boleh menyeimbangkan menu hidangan makanan berlemak dan berminyak.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 1/2 biji nenas
- 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
- 2 biji bawang besar
- 2 biji cili merah
- 8 sudu besar cuka
- 4 sudu besar gula
- Sedikit garam
Cara Cara :
- Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
- Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. (Hiris nipis)
- Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
- Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata.
- Siap dihidang.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply