Agar-agar kering atau juga dipanggil sebagai beleda kering di Kelantan dan Terengganu adalah sejenis kuih
tradisional lama yang mempunyai rasa yang lazat. Agar-agar kering adalah sejenis kuih yang manis dan tahan lama. Ia adalah pada asasnya dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan. Kuih raya legend ini paling simple dibuat kerana tanpa perlu guna oven dan mixer. Memang mudah sangat! Memang wajib ada setiap kali aidilfitri.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
- 1.4 kg gula pasir
- 1600 ml air
- 250 gm gula batu
- Pewarna sikit
Cara Cara :
- Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
- Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
- Jemur sampai keluar gula. Bergantung pada cuaca. Kalau panas terik 4-5 hari dah boleh kering.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply