Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Agar-Agar Lumut Sukatan Cawan Menjadi 2 Lapisan.

Agar agar lumut ialah sekadar nama bukanlah diperbuat daripada lumut . Gabungan santan dan telur itu sendiri membuatkan agar agar pandan itu menjadi agar agar berbentuk lumut dan menjadi 2 lapisan yang sekata . Agar agar ini juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 paket agar-agar tali 20 gm
  • 5 1/2 cawan air ( 1500 ml)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1 biji telur ayam (guna putih telur sahaja)
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan pati pandan ( daun pandan blend halus)
  • 2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpulkan.
  • pewarna hijau
  • 1 penutup tudung esen vanilla

Cara Cara :

  1. Masak 1500ml air bersama gula dan agar-agar hingga gula larut.Masukkan juga simpulan daun pandan.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam, pati pandan, pewarna hijau dan esen vanila.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. Apabila mengelegak boleh tutup api.
  4. Sediakan loyang atau bekas untuk kita tuang agar-agar santan ni.
  5. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

SELAMAT MENCUBA 🙂