Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Air MeRen , 3 Bahan Pembasah Tekak !

Air Meren ini merupakan gabungan air sirap rose dan air oren sunquick . Hanya menggunakan 3 bahan dah cukup untuk membuat air ini . Rasanya yang agak unik kerana rasa masam oren sunquick digabung pula bersama kemanisan sirap rose menjadikan mereka pasangan yg ideal untuk menjadi penyejuk tekak dikala kehausan .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

    • Oren sunquick
    • Sirap rose
    • Air
    • Gula
    • laici buah
    • biji selasih(di rendam)
    • Nata de coco
    • Ais kiub

Cara Cara :

  1. Masak air dengan gula untuk jadikan air gula
  2. Letak sedikit sirap rose dan oren sunquick kacau sehingga sebati tutup api .
  3. Sejukkan bancuhan air sirap ros bersama oren tadi .
  4. Ambil bekas yang bersesuaian , tuang bahan yang dimasak kedalam bekas itu.
  5. Kemudian , masukkan laici , biji selasih dan nata de coco
  6. Gaul sehingga sebati
  7. Akhir sekali masukkan ketulan ais kiub

SELAMAT MENCUBA 🙂