Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Air Soda Herbs Comfirm Sedap , Penyejuk Tekak Anda .!

Air Soda Herbs sungguh terkenal di asia . Tambahan pula , air soda herbs ini boleh dijadikan air detox sepertimana ia mengandungi hirisan lemon. Malah , air ini juga boleh dihidangkan ketika musim perayaan ataupun majlis keramaian . Bahan yang terkandung dalam air soda herbs merupakan kombinasi  terbaik kerana gabungan air krim soda dan lemon itu sendiri sudah cukup untuk kita rasa keenakkannya .

Bahan-bahan Diperlukan:

    • 1 botol besar air krim soda
    • 1 tin laici
    • 2 batang serai ( di ketuk )
    • Beberapa helai daun pudina
    • 1 biji lemon ( dihiris nipis)
    • 4-6 biji asam boi putih
    • Ais kiub secukupnya

Cara Cara :

  1. Cuci semua bahan hingga bersih
  2. Hiriskan lemon nipis nipis
  3. Masukkan daun pudina , lemon yang sudah dihiris, asam boi putih , serai yang telah diketuk dan buah laici kedalam bekas yang bersesuaian .
  4. Kemudian tuangkan air krim soda
  5. Gaul sehingga sebati rasanya
  6. Akhir sekali , masukkan ais kiub dan kacau hingga sebati .

 

SELAMAT MENCUBA 🙂