Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ais Krim Kit Kat Homemade Menggunakan 3 Bahan Sahaja. Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Suka

Ais krim dan Coklat dengan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan, ia bagaikan ‘Aur dengan tebing’.  Bagi ibu bapa yang boleh dikatakan golongan berada pasti tidak kisah untuk membeli ais krim dan coklat untuk dibuat stok dirumah. Namun bagi ibu bapa yang dikategorikan dalam golongan kurang berada pasti terbeban jika membelinya dengan banyak. Tambahan pula coklat jenis Kit Kat ini boleh tahan harganya, beli satu anak-anak pasti berebut. Disini Resepikini.com ingin kongsikan cara-cara membuat aiskrim kit kat homemade.Mari kita pelajari cara-cara membuat aiskrim kit kat homemade.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1 tin air 7up
  • 3 paket kitkat 17gm
  • Bekas aiskrim

Cara Cara :

  1. Sediakn bahan-bahan iaitu kitkat, air 7up dan bekas aiskrim.
  2. Coklat kitkat dipotong dan dihiris.
  3. Masukkan air 7up ke dalam bekas aiskrim. (Jangan penuh supaya coklat kitkat hancur dapat masuk ke dalam bekas aiskrim)
  4. Tutupkan bekas aiskrim dan sejukkan semalaman. Dah siap.

SELAMAT MENCUBA 🙂