Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ais Krim Susu Strawberry. Makan Time Panas-Panas Sungguh Sedap!

Musim-musim panas nii kalau pekena aiskrim pasti sedap bukan ? Tetapi stok dalam peti sejuk pula takda. Arghh, nak keluar beli panas pulak. Waktu-waktu begini laa bergunanya resepi-resepi viral ini. Apa kata kita cuba buat resepi ais krim susu strawberry ini.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 4 sudu besar susu tepung
  • Strawberi dipotong ikut suka
  • 1 kotak susu berkrim (200 g)
  • Sedikit susu pekat manis
  • Sedikit air

Cara Cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali strawberi. Kemudian kisar sehingga hancur dan sebati.
  2. Masukkan strawberi yang dipotong dalam plastik aiskrim. Kemudian isikan dengan adunan yang dikisar tadi.
  3. Ikat hujung aiskrim tersebut dengan kemas.
  4. Masukkan ke dalam peti semalamam.
  5. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA 🙂