Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Aiskrim Goreng Hanya 3 Bahan, Senang Gila Nak Buat !

Aiskrim goreng yang sangat senang untuk dihidangkan dengan lebih cepat. Bukan sahaja senang tapi memang sedap untuk dimakan. Roti yang sangat rangup diluar dan aiskrim didalamnya memang sedap abislah, mesti tak cukup kalau korang makan. Aiskrim goreng ni hanya menggunakan aiskrim dan roti sahaja, takpayah fikir panjang panjang pon nak hasilkannya. Paling istimewa aiskrim perisa dan jenama apa pon semua boleh takperlu pening pening, janji sedap kan. Ok jom tengok cara nak buat aiskrim goreng ini.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Roti
  • Aiskrim
  • Gelas (bentuk permukaan bulat & saiz lebih kecil dari saiz lebar roti)

Cara Cara :

  1. Letak satu keping roti di atas pinggan.
  2.  Letakkan satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi.
  3. Tutup roti dan aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti diatasnya.
  4. Tekan sikit pada roti supaya ianya rapat dan aiskrim berada ditengah2 roti.
  5. Ambil gelas, letakkan atas roti & tekan sehingga terputus roti di tepinya.
  6. Ketepikan tepi kulit lebihan roti dan simpan roti + aiskrim ke dalam peti sejuk sekurang kurangnya 2 jam sebelum goreng.
  7. Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas & goreng sehingga nampak warna roti kekuningan.
  8. Aiskrim goreng siap dimakan ! 🙂