Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Aiskrim Homemade Vanila Milo Sangat Mudah Dan Gebu. Rugi Tak Cuba.

Aiskrim telah pun menjadi salah satu makanan kegemaran kanak kanak sejak zaman dahulu lagi. Bagi ibu ibu yang pening kepala anak anak asyik minta duit untuk membeli aiskrim di kedai. Kini ibu ibu tidak perlu risau kerana boleh menyediakannya sendiri di rumah dan tak perlu lagi beli diluar. Tambahan pula aiskrim vanilla milo homemade ini sangat sesuai dihidangkan sebagai dessert, malah dijadikan jamuan malam sambil bersantai bersama keluarga menonton TV. Jom cuba, berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 2 sudu besar overlatte
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin air suam
  • 1/2 tin susu cair @ susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Cara :

  1. Putar semua bahan diatas sehingga kembang & gebu.
  2. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian (1) vanilla (2) milo
  3. Kemudian masukkan kedalam bekas berselang seli ( seperti buat kek mable).
  4. Bila sudah siap masukkan kedalam peti sejuk & biarkan ia beku.
  5. Siap.

SELAMAT MENCUBA 🙂