Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Almond London Ranggup, Sedap Dan Memikat Hati.

Kalau sebut saja almond london, pasti semua akan teringat akan hari raya. Biskut Almond London semestinya menjadi pengisi balang biskut raya di atas meja tetamu kan. Rasa coklat yang sedap dan ditambah pula dengan badam, memang jadikan biskut ini bukan sahaja sedap malah tergolong dalam biskut mewah.

Biasanya bila orang buat biskut almond london ni, dia akan simpan untuk diberi atau dihidang kepada orang tertentu.Bukan apa, mahal kosnya. Oleh itu , Rasakini.com berikan tips untuk anda berpuas hati bila buat biskut raya ini dan dapat hidangkan kepada semua tetamu.

 

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 250gram butter
  • 3/4 cwn gula icing
  • 1biji kuning telur
  • Esen vanilla
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1cwn tepung jagung
  • 1/2 cawan nestum (ni kisar kering dulu kalau takda nestum boleh ganti degan biskut Marie )
  • Almond yg dah di sangai atau bakar
  • Milk chocolate &butter
  • Papercup
  • Almond nibs atau chocolate rice topping atas

 

Cara Cara :

  1. Pukul butter dgan gula sampai kembang ( guna senduk kayu) lepas tu masukkan kuning telur and esen vanilla sikit.
  2. Dah gaul rata yg atas masukkan nestum,tepung jagung dan tepung gandum.  (Part tepung gandum masukkan sedikit demi sedikit, Uli sampai jadi doh tak melekat kat tangan )
  3. Ambil doh sikit balut dgan almond. Buat bentuk bulat
  4. Bakar pada suhu 170 / 20min ( ini kena ikut oven masing2.. )

Cara Celup Coklat

  1. Double boil milk chocolate sampai cair masukkan 1sudu butter nih untuk effect dia kilat
  2. Seterusnya dah double boil masukkanlah sikit-sikit biskut tadi and angkat guna garpu masuk dalam papercup.
  3. Last tabur almond nibs atau Choco rice.

SELAMAT MENCUBA 🙂