Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kari Ikan Tanpa Santan. Mudah & Ringkas Cara Buatnya

Sedang mencari resepi Kari Ikan Tanpa Santan? Apa kata anda cuba menu ini. Sesuai untuk di makan bersama keluarga.
Kari-Ikan

Ingredients

Directions

recipe

Di bawah merupakan resepi kari ikant anpa santan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang sedang diet di rumah. Menu ini bukan sahaja tidak menggunakan santan tetapi cara membuat kari ikan ini adalah amat mudah dan ringkas sekali.

Bahan-bahan:

Berikut merupakan cadangan bahan-bahan yang diperlukan oleh anda untuk mencuba resepi kari ikan tanpa santan ini.

  • Ikan
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 3 biji bwg merah dihiris
  • 2 ulas bwg putih dihiris
  • Rempah 4 sekawan
  • air asam jawa
  • 1 biji tomato -belah 4
  • 4 biji bendi
  • 2 biji lada hijau/merah
  • Daun bawang
  • garam
  • 2 tangkai daun kari

Bahan Kisar :

  • 5 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 2 biji bawang besar

Cara Masak :

Tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris dicampur rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi… Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak…

Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.