Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Apam Bunga Mekar Tanpa Menggunakan Aiskrim Soda. Sangat Gebu Dan Lembut

Apam mekar merupakan kuih yang tidak lekang oleh masa. Kuih ini memiliki tekstur yang gebu, lembut dimulut dan sedap. Kuih apam mekar ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala diberi pewarna bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni cantik dan menggiurkan selera. Kali ini Resepikini.com  akan berkongsi resepi apam mekar yang patut anda cuba !

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3 biji telur
  • 1 cwn gula kastor
  • 3 sudu besar susu manis + 1 cawan air ( kacau sebati)
  • 1 sudu kecil esen vanila

 

Cara Cara :

  1. Mesin gula dgn ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Selang seli masukkan air susu dan tpg gandum.
  4. Masuk esen vanila. Bahagikan & letak pewarna.
  5. Sapu bekas apam dgn minyak masak. Tuang adunan hingga penuh bekas.
  6. Kukus dgn api kuat selama 20 minit

SELAMAT MENCUBA 🙂