Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Apam Nasi Mudah Hanya Menggunakan 6 bahan. Jom Cuba.

Tengok Apam Nasi ni saja sudah terliur, apatah lagi bila kita jadikan juadah minum petang kita. Terasa lembut gebunya di mulut dan lemak kelapa parut memang gabungan yang sangat baik. Patutla orang tak jemu dengan kuih tradisi ini. Tambahan pula resepinya sangat mudah. Jom kita cuba resepi di bawah ini.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan gula pasir ( nak manis tambah gula ye )
  • 3 cawan air sejuk

(blender halus semua bahan di ☝)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 pack mauripan (11g ) (ayakkan kedua jenis tepung)

Cara Cara Buat Minuman:

  1. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam besen dan digaul sebati bersama yis.
  2. Masukkan pula bahan yang diblender
  3. Kacau sebati agar adunan tidak bergentel dan peram selama 1jam..
  4. Didihkan air dalam kukusan sementara menunggu griskan acuan dengan sedikit minyak agar tidak melekat.
  5. Masukkan aduan dalam acuan dalam 3/4 dari acuan dan kukus selama 15 minit.
  6. Ulang sehingga habis.

(apam nie sedap dimakan kelapa putih yg ditabur sedikit garam dan dikukus sekejap)

SELAMAT MENCUBA 🙂