Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Asam Pedas Ikan Comfirm Jadi. Ikuti Step-Stepnya Dibawah

Asam Pedas Ikan Comfirm Jadi. Ikuti Step-Stepnya Dibawah

Asam Pedas merupakan menu masakan rasmi bagi Negeri Melaka, Jika sebut asam pedas pasti anda akan terbayang asam pedas Melaka kan? Berikut saya akan ajarkan anda cara-cara untuk masak asam pedas yang mudah dan sedap. Mari kita lihat bahan-bahan dan stepnya:

Berikut adalah bahan-bahan yang akan digunakan untuk resepi ini.

(A) – KISAR

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Serai
  • Cili Kering

(B) – CAMPURKAN KESEMUA BAHAN

  1. Minyak Masak
  2. Kunyit
  3. Air Asam Jawa
  4. Serbuk Cukup Rasa
  5. Garam, Gula Secukup Rasa
  6.  Bendi, Bunga Kantan, Daun Kesom,Tomato
  7. Ikan

Okay mari kita mulakan masakan kita, stepnya dibawah gambar ya:

Blend bahan-bahan ini dengan setengah cawan air. Pastikan cili kering direbus terlebih dahulu.

Bila Bahan Blend dah jadi pekat macamni, masukkan didalam bekas lain.

 

Seterusnya panaskan minyak masak, kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.

 

Biarkan bahan yang ditumis tadi biarkan masak seketika kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit sebagai penambah seri.

Sedikit pes asam jawa extra. Bancuh dengan suku cawan air.

Kemudian masukkan air bancuhan asam jawa tadi.

Kemudian masukkan 1 1/2 cawan air panas. Ikut kepekatan kuah yang diinginkan.

Masukkan setengah sudu besar serbuk cukup rasa.

Garam, gula dan perasa serba sedikit.

Lepas tu masukkanlah ikan. Letak songsang supaya takda perbualan berlaku, lagi cepat masak. Hehe

Selepas 2minit, masukkan bendi, bunga kantan dan daun kesum.

 

Biarkan seketika dan masukkan tomato pula

Renehkan sehingga bendi layu.

Taraaa, dahh siappp. Sedia untuk dihidangkan.