Siapa yang tidak suka ayam yang disalut pelbagai jenis rempah dan digoreng rangup keemasan dengan isi yang lembut ? Boleh dikatakan hampir setiap lapisan masyarakat gemarkan menu ayam goreng KFC, namun untuk membelinya setiap kali teringin pasti agak sukar kerana harganya yang agak mahal bukan? Apa kata mari kita cuba membuat sendiri ayam ala KFC, caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan Diperlukan:
Bahan untuk perap :
- Ayam setengah ekor
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk kari
- 10 ulas bawang putih( ditumbuk)
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar lada sulah
- 2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil cuka(untuk ayam juicy)
Bahan Salut :
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara Cara :
- Masukkan ayam ke bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap
- Gaul bahan perap sehingga rata ( perap sekurang kurangnya 30minit)
- Setelah diperap , masukkan telur dan gaul rata
- Kemudian , gaul rata kesemua bahan salut
- Masukkan ayam kedalam bahan salut dan salutkan keseluruhan ayam
- Panaskan minyak(pastikan minyak betul betul panas)
- Goreng ayam kedalam minyak yang banyak
- Setelah kekuninggan dan agak masak angkat ayam dan tos kan
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply