Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ayam Kukus Stim Halia. Simple & Sedap

Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Ada lauk ni, tak perlu dah lauk pauk utama yang lain. Cukup sekadar jamu selera dengan nasi putih sahaja. Kalau nak rasa pedas, boleh makan bersama cili potong atau sos thai. Bagi melengkapkan hidangan, anda juga boleh nikmatinya bersama sayur Bak Choy Sos Tiram dan Taugeh Celur. Jom cuba!

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 3 inci halia – dihiris
  • 5 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • Garam
  • Gula

Cara Cara :

  1. Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 40 minit.
  2. Kukuskan selama 10 – 15 minit
  3. Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA 🙂