Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ayam Madu Homemade Menggunakan 8 Bahan Sahaja. Jom Cuba

Jika ke Kedai Mamak menu pilihan kedua selepas ayam berempah mestilah ayam madu kan. Seketul selalunya tak cukup, ditambah pula dengan kuahnya yang manis-manisss aduhhh sedapnya. Disini saya kongsikan resepi mudah untuk memasak ayam madu homemade ala  kedai mamak.Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Jom cuba

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan A

  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • Kicap manis
  • 2 sudu besar madu

Bahan B (Bahan dikisar)

  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Cara Cara Memasak:

    1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam. ( Terbaik jika dibiarkan ayam diperap semalaman. )
    2. Goreng sehingga ayam masak/keperangan.(Toskan).
    3. Gaulkan sekali lagi bersama madu.
    4. Sedia untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA 🙂