Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ayam Masak Butter Milk Sangat Mudah Dan Cepat. Jom Cuba.

Resepi sedap yang pantas untuk disediakan iaitu ayam masak butter. Ayam masak butter sedap kerana kuahnya yang berlemak, masin dan pedas secukup rasa. Diseimbangkan pula dengan salutan ayam berempah yang digoreng garing diluar dan masih lembab serta lembut di dalamnya. Memang menjilat jari la kan, tambahan pula bila buat sendiri, nak banyak mana pun terserah. Berikut adalah cara cara membuat resepi ayam masak butter milk.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Isi ayam  1/2 kilo (dipotong kecil)
  • Telur 2 biji
  • Tepung Gandum (2 cawan)
  • 2 sudu kecil Blackpepper
  • Garam secukup rasa

Sos Buttermilk 

  • 3 sudu besar butter
  • Bawang Putih (3 ulas)
  • Bawah Besar (ikut suka)
  • Daun Kari (ikut suka)
  • Cili padi hijau (1)
  • 1 Tin Susu Cair
  • Gula Secukup rasa
  • Garam Secukup rasa

Cara Cara :

  1. Celup isi ayam di dalam telur, kemudian celup di dalam tepung (tepung gandum + blackpepper + garam ) dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan butter dalam kuali lain. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, cili dan daun kari hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan susu cair. Masak sekejap, perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul dan biarkan kuah agak pekat atau ikut selera anda. Hidangkan.

SELAMAT MENCUBA 🙂