Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ayam Masak Kicap Pekat Melekat, Memang Padu Rasanya.

Menu Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa. Bahan tumisan lebih sedap kalau ditumbuk halus kerana ia juga akan memekatkan kuah. Tapi kalau nak hiris nipis pun boleh juga.  Berikut adalah cara caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Ayam Seekor (potong 16 goreng dulu)
  • Bawang kecik 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • 1 Sudu besar lada hitam
  • Halia satu inci (Semua di atas tumbuk ya)
  • Sedikit Ayer asam jawa
  • Pati ayam knorr seketul
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit garam dengan gula
  • Hiasan
  • Sebiji tomato
  • Cilipadi 6 biji
  • Cili merah 1 biji
  • Bawang besar setengah biji
  • Sedikit Daun bawang

 

Cara Cara :

  1. Tumiskan bahan2 yang di tumbuk tadi bagi kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa.
  3. Masukkan ayam yang di goreng tadi, masak bagi pekat.
  4. Masukkan Sedikit kicap manis, garam, gula dengan pati ayam knorr, masak 5 min..
  5. Kemudian masukkan hiasan tadi Cili padi, Cili merah, bawang besar, tomato dengan Daun bawang.
  6. Siap.

SELAMAT MENCUBA 🙂