Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ayam Percik Yang Sangat Menyelerakan Dan Mudah. Mudah Dan Cepat Untuk Dijadikan Juadah Berbuka Puasa Nanti.

Ayam percik adalah lauk yang sangat terkenal pada bulan ramadhan. Memandangkan pada tahun ini 2020 bazar ramadhan di seluruh Malaysia dibatalkan kerana Covid-19. Berikut adalah cara untuk membuat ayam percik air tangan sendiri.

Bahan-Bahan

  •  Peha ayam 3 ketul
  • Serai 5 batang
  • Bawang besar 4 biji
  • Santan 1 cawan
  • Lengkuas 3 inci
  • Halia 2 inci
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili kisar 1/2 cawan
  • Cili sos 1/2 cawan
  • Gula, garam dan serbuk perasa ayam

Cara Penyediaan

  •  Kisar bawang putih, besar, halia, serai, dan lengkuas.
  • Masukkan bahan kisar dalam periuk, dan masukkan ayam.
  • Masukkan cili kisar, cili sos, gula, serbuk perasa ayam, garam dan santan.Perasakan ia secukupnya.
  • Setelah ayam separuh masak, ketepikan dan pekatkan kuahnya.
  • Bakar ayam mengunakan arang.Sambil sapu sikit kuah yang dah siap tu.Balik balik kan ia.
  • Siap !!

SELAMAT MENCUBA.