Pernahkah anda mendengar ayam masak Bali? Sebenarnya Resepi ayam masak Bali hampir serupa dengan ayam masak merah. Namun ayam masak bali menggunakan lebih banyak serai dan daun kari, yang membuat rasanya jadi berbeza. Resepi ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan menu ayam yang itu-itu sahaja. Selain biasa dihidangkan pada acara-acara kenduri, ayam masak bali boleh dimakan bersama keluarga dihidangkan bersama nasi putih ataupun lemang. Confirm keluarga anda sangat menyukai makanan ini. Berikut merupakan resepinya.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 550 g (1/3 ekor) ayam
- 1 sdt serbuk kunyit
- 1/2 sdt garam
- 3 biji bawang kecil*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji bawang besar*
- 1/2 inci halia*
- 7 tangkai cili kering (buang biji)*
- 1/2 sdt belacan*
- 2 batang serai (ketuk)
- 1 pelepah daun kari
- 1-2 sdb kicap manis
- Sedikit air
- Sedikit air asam jawa
Cara Cara Memasak:
- Gaul ayam yang telah dipotong dengan serbuk kunyit & garam.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak/ mengikut citarasa masing-masing.
- Setelah ayam masak, toskan minyak berlebihan. Ketepikan.
- Kisar bahan-bahan bertanda* dengan sedikit minyak/ air.
- Tinggalkan sedikit minyak gorengan ayam.
- Masukkan serai & daun kari serta diikuti dengan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam goreng. Gaul rata.
- Masukkan pula kicap manis. Gaul rata.
- Tambahkan sedikit air jika mahu masakan sedikit berkuah. Masukkan juga sedikit air asam jawa. Gaul rata.
- Periksa sekiranya perlu tambah gula & garam (Saya tak tambah). Sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply