Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Bergedil Enak Dimakan Begitu Sahaja. Jom Cuba.

Menu bergedil hidangan paling simple dan sedap dinikmati, boleh digabungkan dengan apa jua masakan. Selain rasanya sedap, ia juga menjimatkan. Puas hati bila dapat makan bergedil yang dibuat sendiri. Resepikini.com kongsikan cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Kentang 1 kg
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lada putih
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula (optional) tak suka boleh skip (Sis letak sikit untuk balance kan rasa dia)

(Bahan2 tu ikut la citarasa nak banyak mana k)

(Kalau nak letak isi ayam or daging pun boleh. Isi ayam or daging cincang dulu pastu masak ala2 tumis tu sampai air dia kering)

Cara Cara :

  1. Potong kentang kecik2 anggaran 1 inch gitu pastu goreng sampai empuk macam goreng pisang tu.
  2. Bawang putih belah dua je dan bawang merah belah 4 digoreng sekali.
  3. Bila dah empuk angkat dan tos kan. Tuang dalam besen.
  4. Masukkan daun sup dan daun bawang yAng di hiris2, garam, serbuk lada putih, serbuk perasa dan gula sikit. (kalau nak letak isi ayam or daging masuk sekali)
  5. Tumbuk la kentang dan bahan2 tu hingga hancur dan mesra sebati gitu (Tumbuk masa panas2 tau)
  6. Dah siap boleh la gentel ikut suka kecik ka besar.
  7. Pastu amik telur sebiji pukul hingga hancur.
  8. Panaskan minyak (jangan banyak sangat ya sebab minyak ni nanti akan berbuih)
  9. Celup bergedil ke dalam telur pastu goreng. (Api jangan kecik sangat ya.. Sedang2 ja)
  10. Tak mau goreng lama sangat nanti bergedil pandai hancur. (Cara sis goreng guna garfu. Nak terbalik kan pun guna garfu senang)
  11. Siap…

SELAMAT MENCUBA 🙂