Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Biskut Aiskrim Sedap Dan Mudah. Anak-Anak Pasti Menggemarinya!

Biskut aiskrim yang sedap memang semakin trending. Berbentuk aiskrim, biskut berasaskan butter ini amat sedap dimakan dengan rasa gebu yang enak. Ia merupakan salah satu jenis biskut yang popular untuk dihidangkan semasa hari raya. Raya pun sudah semakin menghampiri kita, kami pasti anda juga tercari-cari resepi biskut aiskrim yang terbaik! Oleh yang demikian tak perlu rasanya kami berlengah lagi. Di bawah ini Rasakini.com kongsikan resepi biskut aiskrim menarik dan sedap.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 30gm tepung jagung
  • 20gm tepung ubi
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 20gm serbuk badam
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 biji kuning telur | untuk sapuan
  • Sedikit coklat masakan | dicairkan
  • Gula-gula manik | hiasan

 

 

Cara Cara :

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  2. Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam.
    Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
  4. Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar
    pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
  6. Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati


SELAMAT MENCUBA 🙂