Biskut Arab Susu merupakan resepi mudah yang memang menjadi kesukaan keluarga. Tak kira tua ataupun yang muda, tak kira hari raya ke, hari biasa ke, kalau rasa rajin, boleh buat. Tapi pastikan bahan utamanya iaitu minyak sapi ada. Kesedapan dan kelemakan biskut arab ini adalah bergantung kepada jenama minyak sapi yang digunakan. Caranya mudah aje, bancuh dan gentel bulat bulat, kemudian bakar dan salut dengan susu. Memang mudah sangat. Mari Kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 2 cawan Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
- 2 cawan minyak sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
- Sedikit garam
- 7 cawan tepung gandum(di ayak)
- ceri merah secukupnya-potong kecil2
- Gula aising ( untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)
Cara Cara :
- Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
- Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising. Siap
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply