Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Biskut Macadamia Chocolate Cookies. Rangup Diluar Cair Didalam Mulut.

Banyak-banyak cookies rasanya Macadamia Chocolate Cookies nii paling sedap. Kenapa saya kata ianya sedap, ini kerana cookies ini menggunakan kekacang yang mahal. Macadamia rasanya yang lemak membuat kita meminta lagi dan lagi. Namun untuk membeli dalam kuantiti yang banyak kekadang kering poket juga. Apa kata kita cuba buatnya sendiri pasti puas makan.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 200 gm tepung
  • ½ sudu teh garam
  • 30 gm serbuk koko
  • ½ sudu teh soda bicarbonat
  • 150 gm mentega (unsalted)
  • 150 gm gula perang
  • 30 gm gula pasir
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 90 gm kacang macadamia (dicincang)
  • Chocolate Chip

Cara Cara :

  1. Ayak bersama tepung, garam, serbuk koko dan serbuk penaik.
  2. Pukul mentega sehingga lembut dan campurkan gula perang dan gula pasir, adun sehingga sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Masukkan adunan tepung dan kemudian kacang macadamia, dan adun sebati.
  4. Leperkan adunan, tekap menggunakan acuan berbentuk hati. Lekapkan di atas adunan dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 c selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA 🙂