Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Biskut Snow Almond Yang Mudah Dan Sedap. Antara Yang Paling ‘HOT’ Dimusim Perayaan

Biskut Snow Almond Yang Mudah Dan Sedap. Antara Yang Paling 'HOT' Dimusim Perayaan

Saya pasti ramai yang sudah pernah makan Biskut Snow Almond ini bukan? Biskut ini antara yang paling top tauu ‘time raya’ . Untuk anda yang suka buat sendiri biskut raya,apakata cuba resepi biskut snow almond sebagai salah satu koleksi biskut tahun ni.Kalau ada yang anggap resepi biskut snow almond ni lebih kurang sama dengan biskut almond london, ianya adalah tanggapan yang salah sama sekali kerana rasa kedua biskut ini adalah berbeza.
Rasa biskut snow almond adalah berbau harum kopi, rangup, bercoklat dan disaluti pula dengan salji iaitu
daripada salutan serbuk roti putih.Memang menjadi pilihan tetamu yang berkunjung. Untuk membuatnya juga sangat mudah, ikuti resepi ini.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 125gm buttercup / marjerin
  • 60gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • Segenggam badam nips
  • 65gm susu tepung
  • 60gm tepung jagung
  • 60gm tepung kastard
  • 110gm tepung gandum cap rose
  • 1 sudu teh emplex (sejenis bahan untuk merangupkan biskut)
  • Serbuk roti putih secukupnya
  • 200gm coklat masakan
  • 2 sudu makan cocoa butter

 

 

Cara Cara Memasak:

  1. Satukan semua bahan-bahan A. Gaul sekata. Ketepikan.
  2. Dalam bekas adunan, kacau buttercup, gula dan telur hingga sebati. Masukkan badam nips. Gaul lagi
    hingga sekata.
  3. Masukkan campuran tepung ( bahan A) sedikit demi sedikit. Adun hingga jadi doh.
  4. Leperkan doh dan potong petak. Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas @ dioles dengan
    marjerin.
  5. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu.
  6. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil. Tambahkan cocoa butter. Kacau sebati.
  7. Ambil biskut yang telah disejukkan tadi, celupkan dalam coklat dan salutkan dengan serbuk roti. Biarkan
    ‘set’ seketika.
  8. Simpan biskut dalam balang kedap udara

SELAMAT MENCUBA 🙂