Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Biskut Tembikai Unik dan Menarik. Yang Pasti Sangat Sedap!

Lazimnya jika sebut tembikai pasti kita akan terbayang buah atau jus tembikai bukan? Kalini kita  cuba kelainan  dengan membuat biskut tembikai pula. Biskut tembikai ialah sejenis biskut yang berbentuk seper tembikai yang sangat menarik perhaan. Untuk membuat biskut ini, anda perlu mengetahui teknik yang betul.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 250gm buttercup
  • 115gm gula aising-di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 350gm tepung gandum*
  • 175gm tepung jagung*

(bahan2 bertanda di ayak)

topping aising

  • 1 biji putih telur
  • 3/4 cwn gula aising- di blend & di ayak
  • 1 sudu bsr tepung jagung
  • Bijan hitam

 Cara Cara :

Biskut 

  1. Pukul butter & gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sampai sebati
  2. Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul saja dgn tangan hingga menjadi doh.
  3. Canai doh & tekap dgn acuan separuh bulat. Bakar pd suhu 150•c selama 10 minit.
  4. Bakar separuh masak saja sebab selepas deko dgn aising, ia akan di bakar semula hingga masak sepenuhnya

Topping Aising

  1. Pukul putih telur hingga kembang & bertanduk.
  2. Masukkan gula aising & tepung jagung. Pukul lagi hingga pekat & likat. Adunan lambat jatuh apabila di angkat dgn mixer
  3. Bahagikan adunan kpd 4 bhgn. Campur setiap bahagian dgn warna merah, kuning & hijau. Satu bhgn lagi dibiarkan warna putih/plain. Kemudian, masukkan ke dlm piping bag
  4. Ambil biskut yg telah sejuk tadi. (Refer pd gambar) Mula2 picit & linekan dulu dgn warna hijau di bhgn tepi biskut sebagai kulit tembikai. Picit agak tebal, baru cantik.
  5. Selepas itu, linekan pula warna putih sebagai kulit dlm tembikai.
  6. Paipkan adunan warna merah sebagai isi tembikai & hias dgn bijan hitam sebagai bijinya. Buat step yg sama dgn tembikai kuning hingga habis adunan
  7. Jangan bakar terlalu lama, nanti aising akan jadi kuning & merekah

SELAMAT MENCUBA 🙂