Orang Asia dengan Bubble Milk Tea memang berpisah tiada. Kebelakangan ini, banyak gerai bubble tea beroperasi di merata tempat bagaikan cendawan liar. Tiap-tiap hari minum bubble milk tea pun tak jelak, kerana semuanya sedap! Namun untuk membeli setiap hari pasti kopak juga poket. Apa kata kita cuba buat sendiri dirumah. Bahan-bahan dan caranya amat mudah sekali, mari kita cuba.
Bahan-bahan Diperlukan :
- Boba pearl
- Air gula perang
- Susu segar
- Ais
- Gula perang
Cara Cara :
- Rebuskan boba pearl sehingga kembang, kemudian kacaukan dengan air gula perang. Sekitar 15-20 minit.
- Ambil cawan dan masukkan boba pearl tadi. Masukkan ais dan juga susu segar.
- Taburkan gula perang dan bakar menggunakan torch. (Jika ada)
- Boba pearl viral sedia dihidang. Tidak perlu beratur panjang lagi.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply