Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Buble Rice Choco Bar Menggunakan 2 Bahan Sahaja. Seisi Keluarga Pasti Suka!

Buble Rice Choco Bar Menggunakan 2 Bahan Sahaja. Seisi Keluarga Pasti Suka!

Sesekali buat coklat homemade untuk anak-anak pasti menyeronokkan. Malah kalau ada majlis hari jadi atau
nak dijadikan hadiah, sesuai sangat buat Bubble Rice Choco Bar ni. Sangat mudah dan paling penting ia lebih
sedap, bersih dan jimat. Rasanya seakan-akan coklat Crispy yang dijual dikedai-kedai, bukan setakat anak-anak ibu bapa juga pasti suka!

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Bubble rice (rice krispies plain)
  • Milk chocolate coin Beryls

Cara Cara :

  1. Cairkan coklat secara double boil

2. Gaul bubble rice dengan coklat yang dicairkan tadi sehingga rata.

3. Kemudian letak dekat acuan, tekan pembahagi loyang tu bagi terpisah semua adunan jadi bar

4. Kemudian tuangkan baki coklat sampai paras acuan tu bagi nampak padat
5. Simpan sekejap dalam peti ais bagi coklat mengeras
6. Tanggalkan loyang bar tu perlahan-lahan. Kemudian simpan biskut dalam balang

SELAMAT MENCUBA 🙂