Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Bubur Barli Paling Mudah Untuk Dinikmati. Jom Cuba..

Pening juga memikirkan menu bila tengah takberselera untuk makan. Tekak pon sakit, lidah terasa pahit, hidung pon tersumbat. Bila dalam keadaan begini, memang sesuai makan makanan yang berkuah dan yang paling penting perlulah berkhasiat. Kalau dah bosan ngan bubur ayam apakata cuba bubur barli yang sangat mudah ini. Barli bukan sahaja untuk dibuat minum, Malah boleh juga dibuat bubur.

Bahan-bahan Diperlukan:

● 100 gm barli
● 1 tin jagung manis buang airnya
● 1500 ml air
● 400ml santan
● 1 cawan gula
● 7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
● 2 helai daun pandan ( disimpul) Sedikit garam

 

Cara Cara Memasak:

  1. Basuh barli dan toskan.
  2. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
  3. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
  4. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
  5. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.

SELAMAT MENCUBA 🙂