Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Bubur Biji Gandum , Makan Panas Panas Lagi Sedap !

Gandum sering diolah menjadi makanan berupa biscuit dan juga roti yang mengenyangkan. Gandum merupakan biji yang kaya akan serat dan nutrisi lainnya sehingga mampu menyehatkan tubuh Anda. Beberapa penyakit boleh Anda cegah dengan memakan biji ini dengan teratur. Jika Anda ingin diet, gandum juga dapat menjadi solusi makan diet yang tepat.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

    • 200g-300g biji gandum (cuci dan rebus sehingga kembang)
    • 1 ketul gula melaka (anggaran 200g dipotong)
    • 1 cawan gula pasir
    • 2 cawan santan pekat
    • 1000ml air masak suhu bilik
    • 1/3 cawan sagu (cuci dan toskan)
    • 3 helai daun pandan di simpul
    • sedikit garam

 

 Cara Cara :

    1. Mula mula, toskan biji gandum yang telah kembang dan masukkan kedalam periuk lain .
    2. Kemudian , tambahkan daun pandan , sagu , gula melaka , gula pasir dan garam kedalam periuk yg berisi gandum tadi .
    3. Tuang santan dan air (boleh tambah air ikut kepekatan yang anda mahu kan .)
    4. Masak sehingga mendidih dan kacau supaya gandum tidak hangit .
    5. Masak selama lebih kurang 25 minit hingga kuah sedikit pekat.
    6. Siap untuk dihidangkan .
    • SELAMAT MENCUBA 🙂