Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Bubur Butir Nangka Mudah Dan Lazat, Boleh Dijadikan Sajian Minum Petang

Hari ni nak cerita pasal Bubur Butir Nangka. Bubur ni memang popular kat Semenanjung khasnya Kelantan dan biasanya menjadi tumpuan semasa bulan Ramadhan. Bubur butir nangka ini sungguh enak disajikan apabila waktu petang sambil menikmati pemandangan . Berikut adalah cara cara membuatnya :

 

 

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan doh

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Pewarna ikut suka

Untuk kuah

  • 1 kotak santan
  • 1 tin susu cair
  • Garam daan gula
  • Air secukupnya
  • Sedikit sagu direndam

 

Cara Cara :

cara cara membuat butir nangka

  1. Campur dan uli bahan doh diatas mengikut warna kesukaan
  2. Kemudian bentukkan doh mcm dalam gambar
  3. Rebus dalam air mendidih
  4. Apabila timbul angkat dan letakkan dalam air sejuk

cara cara membuat kuah butir nangka

  1. Masak kuah masukkan 1 kotak santan dan 1 tin susu cair
  2. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Air secukupnya
  4. Rendamkan sedikit sagu dan masukkan sagu yang direndam ke dalam kuah tersebut
  5. Kacau sehingga mendidih
  6. Apabila kuah sudah mendidih tutup api
  7. Masukkan butir nangka yang direbus tadi kedalam kuah
  8. Dan sedia untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA 🙂