Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Bubur Pulut Hitam Kuah Santan , Mudah Dan Sedap !

Sejak dahulu lagi bubur pulut hitam ini terkenal di asia . Malah dapat sambutan yang begitu memberangsangkan di Malaysia . Rasanya yang manis dan cukup lemak itu mampu memukau selera si pemakannya .Tambahan pula , pula bubur pulut hitam ini mudah di dapati di kedai kedai makan atau gerai gerai berdekatan dengan harga yang mampu milik .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam(direndam semalaman)
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, (di simpul)
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Cara :

Cara untuk buat pulut hitam :

  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut.
  2. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  3. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara untuk kuah santan:

  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan.
  3. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA 🙂