Selain kuih raya, ketupat dan lemang antara menu yang wajib ada di atas meja makan. Kalau tak ada dua menu ini jawabnya tidak lengkaplah hari raya anda. Namun, cara pembuatannya yang leceh membuatkan ramai memilih untuk membeli sahaja lemang yang sudah siap di kedai.
Lemang habis? Jangan risau, ini cara masak lemang dan ketupat hanya menggunakan plastik sahaja. Rasa pun lebih kurang sama sahaja. Jom cuba!
Bahan-bahan Diperlukan :
- Beras pulut 1 kg
- Santan kelapa 2 biji
- 1 sudu garam
Bahan-bahan diperlukan untuk membuat acuan lemang:
- Daun pisang
- Plastik
Cara Cara :
- Masak beras pulut dengan santan jangan terlalu masak.
- Pastikan pulut jangan mentah sangat. Kalau mentah letak santan lagi, jadi masa kukus itu santan tu akan masakkan pulut.
- Acuan dari batang tisu (jangan kukus sekali batang tisu okay ). (Batang tisu untuk membentuk acuan sahaja).
- Lepas kukus buka plastik gulung dengan daun pisang yang baru kemas-kemas masuk dalam periuk pengukus.
- Masak sampai kulit pisang layu dan agak terbakar sedikit, lemang sama macam lemang dalam buluh.
- Selamat mencuba!
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply