Sebelum ini, kalau pergi pasar malam pasti korang akan melihat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual kan. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air lemon pudina dan laici asam boi yang sentiasa menjadi pilihan kerana keunikkannya. Terbaru, air viral yang laris terjual di pasar malam ialah Air Katira! Melihatnya sahaja boleh membuat kecur air liur tambahan bila diminumnya pula. Kini Resepikini.com kongsikan cara membuat air katira ala pasar malam.
Bahan-bahan Diperlukan :
- Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.* - Susu pekat manis
- Chia seed / biji selasih
- Cincau
Cara Cara :
1. MASUKKAN PERASA TEBU
Mula-mula, masukkan perasa ikut banyak mana bancuhan kita.
2. CAMPURKAN CINCAU
Seterusnya masukkan cincau.
3. TAMBAHKAN CHIA SEED / BIJI SELASIH
Seterusnya tambahkan chia seed. Kalau ada biji selasih, bolehlah gunakan biji selasih.
4. MASUKKAN SUSU PEKAT MANIS
Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply