Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Cendol Homemade , Cuma 5 Bahan!

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh yang sangat lama. Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia. Tahukah anda pembuatan cendol jugak tidak susah tetapi memerlukan ternaga kerja yang kuat kerana sewaktu adunan ingin masak doh menjadi semakin likat.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 2/3 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • Secubit garam
  • 800ml air
  • 1 mangkuk air berais

Cara Cara :

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk
  2. Masak bahan tersebut dengan api yang sederhana hingga betul betul kental
  3. Kemudian , masukkan adunan tadi ke dalam piping bag .
  4. Gunting hujung piping bag dan picit masuk ke dalam mangkuk berisi air berais ( jika adunan panas alas piping dgn kain)
  5. Picit sehingga habis adunan
  6. Kemudian , siap ! sedia untuk di hidang .