Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Cha Bang Ang Dessert Yang Mampu Membuat Anda Ketagihan Dengan Kenakkannya

Cha Bang Ang merupakan salah satu jenis pencuci mulut .Ia berasal dari negara jiran iaitu Thailand . Disana menu ini amat terkenal dengan keunikan rasa campuran cincau , biji selasih dan bermacam lagi . Berikut ialah bahan dan cara membuatnya :

 

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Cincau (potong kiub kasar)
  • 1/2cawan gula perang
  • 1 cawan air
  • biji selasih
  • 1 tin laici
  • 1/2 kotak susu segar full cream
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Secubit garam halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ais kiub

 

 

 

 

Cara Cara :

  1. Masak air bersama gula perang (untuk dijadikan air gula perang )
  2. Sediakan mangkuk besar.
  3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk
  4. Kacau sehingga sebati
  5. Masukkan ais kiub
  6. Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA 🙂