Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Char Kuey Teow Homemade Lebih ‘Kick’ Berbanding Dikedai. Ini Resepinya

Sesekali memang best kalau pekena char kuey teow, terutamanya bagi peminat seafood atau udang.

Char kuey teow ni memang lain sikit berbanding kuey teow goreng yang kita biasa masak dekat rumah tu sebab rasa udangnya lebih ‘kick’, kuahnya pun sedap, basah-basah dan pekat.

Sebenarnya tak susah pun nak buat char kuey teow homemade di rumah. Nak-nak kalau kita simpan pesnya sikit. Bila nak masak, boleh terus guna. Senangnya hidup!

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan-bahan untuk kisar halus(A) :

  • 6 ulas bawang putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk air rebusan(B) :

  • kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
  • anggaran 3 cawan air

Bahan-bahan untuk sos char kuey teow:

  • Sedikit minyak utk menumis Bahan (A)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 6 sudu besar kicap cair
  • 4 susu besar sos tiram

Bahan (B)

  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde)
  • garam dan gula

Bahan-bahan untuk char kuey teow:

  • sedikit minyak
  • 1 pek kuey teow (jenis halus)
  • 1 ikat kuchai
  • 1 mangkuk taugeh
  • telur

 

Cara Menyediakan dan Memasak:

Cara-cara untuk sos char kuey teow:

  1. Buang kepala udang, dan rebus 10 minit.
  2. Tuang dalam blander dan kisar halus kulit udang.
  3. Kemudian tapis airnya, hampas kulit udang boleh buang.
  4. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.
  5. Masukkan dalam blander, tambah sedikit air dan kisar halus.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
  7. Masukkan cili kisar.
  8. Masak hingga pecah minyak.
  9. Tambah kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang tadi.
  10. Tambah kiub ikan bilis.
  11. Tambahkan petis (boleh ganti dgn sedikit belacan).
  12. Masak sampai mendidih.
  13. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk menggoreng char kuey teow:

  1. Bilas kuey teow dengan air dan tapis.
  2. Bersihkan kuchai dan hiris memanjang.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
  5. Masukkan dua senduk sos char kuey teow.
  6. Tambah 4-5 senduk air.
  7. Kuey teow sejemput.
  8. Masukkan taugeh dan kuchai.

TIPS: Char kuey teow perlu masak asing-asing untuk sorang makan baru sedap.
Tambah lebih air atau sos char kuey teow kalau nak lebih kuah.