Cheesekut ini selalu menjadi tarikan para penggemar cheese . Kerana teksturnya yang lembut dan gabungan yang bersesuaian bersama susu yang dimasukkan ke dalam cheesekut itu . Malah dengan membuat cheesekut boleh juga menambah pendapatan .
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar
- 250g cream cheese Tatura
Cara Cara :
- Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar.
- Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.
- Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar.
- Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
- Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese.
- Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese.
- Susun pula biskut macam tadi.
- Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply