Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Chicken Nugget Stick Homemade Memang Meletoplah.

Kebanyakkan anak anak sekarang memang suka makan nugget, memang menarik dan sesuai jika ingin dijadikan makanan parti kanak kanak. Nugget ini juga seolah olah makanan yang ketagih, tambahan pula harga nugget di pasaraya agak mahal. Jadi, anda boleh menghasilkan nugget sendiri di rumah, malahan makanan ini juga tidak susah untuk dihasilkan. Berikut adalah cara caranya. Jom cubaaa.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Ayam bahagian dada – blend
  • Daun sup – cincang halus
  • Carrot – cincang halus
  • Tepung ubi – 2 sudu
  • Tepung gandum – 5 sudu
  • Garam Lada sulah.

Cara Cara :

  1. Rebus / kukus semua bahan.
  2. Kalau susah melekat pada batang aiskrim /chopstick/ lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk. Beku kan.
  3. Bila nak goreng gaul dengan telur dan salut ( 5sudu tepung gandum + 3sudu tepung jagung )

SELAMAT MENCUBA 🙂