Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Chicken Tortilla Wraps, Mudah Dan Sedap !

Chicken Tortilla Wraps yang sangat senang dan sedap dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa. Bila buat tortilla wraps sendiri, boleh letak pelbagai bahan ikut selera masing-masing.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan perapan :

  • 200g dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Bahan Salutan Ayam :

  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1  biji telur

Salad :

  • Lobak merah
  • Timun
  • Tomato
  • Bawang
  • Thousand island
  • Mayonis
  • Tortilla
  • Daun salad
  • Keju

 Cara Cara :

  1. Gaulkan ayam bersama bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan lada sulah. Perap ayam 30 minit.
  2. Gaul rata tepung jagung, tepung gandum, soda bikarbonat dan garam.
  3. Pukul telur sedikit.
  4. Salutkan ayam ke dalam telur dan salut pula dengan tepung tadi. (boleh ulang 2 kali kalau nak lagi tebal)
  5. Goreng ayam dalam minyak yang panas lebih kurang 5-10 minit.
  6. Angkat dan biarkan seketika (lebih kurang 5 minit). Goreng semula sehingga garing.
  7. Untuk membuat salad, gaulkan lobak merah, timun, tomato dan bawang merah bersama mayonis dan juga thousand island secukupnya. (boleh tambah sedikit garam dan gula jika suka)
  8. Bakar tortilla wrap sebentar di atas kuali leper kedua-dua belah.
  9. Letakkan daun salad, ayam yang telah digoreng, sayuran salad dan juga kepingan cheese di atas tortilla wrap. Bungkus tortilla dan sedia untuk di makan.
  • SELAMAT MENCUBA 🙂