Sebut Sahaja Coconut Shake pasti anda akan terbayang minum coconut shake ditepi pantai sambil ditiup angin sepoi sepoi bahasa bukan? Tetapi untuk mendapatkan coconut shake ditepi pantai setiap kali teringin pasti sangat sukar. Ditambah pula dengan tiada masa terluang dan duit yang bakal habis semata-mata untuk segelas coconut shake sangat tidak berbaloi. Berikut Resepikini.com kongsikan cara untuk membuat coconut shake homemade yangg marbeles.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 1 cawan air kelapa muda (lebih lagi sedap)
- 1 cawan ais krim vanilla
- 1 cawan ais ketul
- 3 sb susu pekat
- Isi kelapa
Cara Cara :
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.
- Tuangkan dalam gelas. (kalau nak letak ais lagi pun boleh tetapi maniskan sedikit)
- Letakkan beberapa scope ais krim vanila dan letakkan isi kelapa kat atas mengikut kemahuan anda.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply