Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Coleslaw Ala KFC. Buat Sendiri Baru Puas Makan.

Rasanya ramai pasti suka gila makan coleslaw KFC. Kalau beli snack plate tu pun memang ramai selalu tukar mash potato ke coleslaw. Kadang-kadang pergi KFC semata-mata order coleslaw saja kan? Coleslaw ni makan ratah begitu saja punn sedap, kalau makan dengan nasi KFC lagi bertambah sedap. Namun, setiap kali beli pasti tidak cukup, apa kata kita cuba buat sendiri dirumah. Lagi puas makan. Berikut merupakan cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1 biji kubis potong dadu
  • 1 btg carrot potong dadu
  • 2 sb bawang holland potong dadu
  • ½ cawan mayonis
  • ⅓ cawan gula pasir
  • ¼ cawan susu full cream (dutch lady)
  • ¼ cawan buttermilk
  • 2 ½ sb perahan lemon
  • 1 ½ sb cuka
  • ½ sk garam
  • ⅛ sk serbuk lada hitam

Cara Cara :

  1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
  2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
  3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
  4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman

SELAMAT MENCUBA 🙂