Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Corndog Mozarella Leleh Homemade Memang Mudah Dan Terbaik. Mesti Cuba.

Memikirkan menu makan yang menarik untuk kanak kanak, bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula jika anak anak yang cerewet, makin susah tugas ibu untuk menggalakkan anak anak makan. Jika kita lihat makanan seperti sosej dan keju antara yang menjadi kegemaran mereka, jadi bagaimana untuk para ibu olahkan makanan ini supaya menjadi menarik untuk dimakan. Gabungan cheese dan hotdog  maka terhasilah Corndog Cheese Viral. Cara caranya seperti di bawah.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Roti Buku (apa-apa jenama)
  • Sosej
  • Cheese mozarella block
  • Nestum
  • Telur
  • Lidi satay
  • Sedikit tepung dan air (untuk gam)

Cara Cara :

  1. Potong sosej kepada dua atau tiga dan rebus kan seketika.
  2. Hiriskan kerak2 roti dan canaikan roti sehingga nipis. Ketepikan seketika.
  3. Cucuk sosej yang sudah siap direbus dan cheese mozarella yang dipotong dadu.
  4. Cucukkan secara berselang-seli atau ikut kreativiti.
  5. Setelah siap dicucuk, balut bersama-sama roti & gamkan dengan tepung yang telah dibancuh.
  6. Tepung tersebut jangan bancuh terlalu cair atau pekat, sekadar untuk melekatkan roti tu sahaja.
  7. Celupkan ke dalam telur yang telah diletakkan sedikit garam.
  8. Akhir sekali gorengkan sehingga keperang-perangan. Kalau nak lagi urmm tuang sedikit sos cili dan mayonis di atas corndog tu.

SELAMAT MENCUBA 🙂