Raya tak lama lagi, jadi sudah pasti ada diantara kita yang sedang mencari idea untuk membuat kuih apa, bukan?
Aktiviti membuat kuih raya adalah aktiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim diantara kita. Boleh sahaja kita buat bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Kuih raya seperti cornflakes madu adalah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja yang merasainya, pasti hendak lagi. Malahan, boleh jadi satu bekas kuih raya tidak cukup untuk kita semua. Disini Resepikini.com bawakan resepi cornflakes madu yang mudah dan sedap.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1 ketul buttercup
- 1 cawan gula perang
- 500gm cornakes
- 10 sudu makan madu
Cara Cara :
- Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
- Masukkan madu. Kacau hingga rata.
- Masukkan cornakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan
badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu. - Sudukan campuran cornfakes tadi ke dalam cawan kertas.
- Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply