Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Cucur Badak Boleh Dibuat Frozen, Memang Terbaiklah.

Hari ini kami kongsikan resepi cucur badak atau ada yang panggil coq badak. Memang sedap bila kita buat sendiri, terasa rasa inti udang lebih dan rasa cucur penuh rasa ubi keledek. Bukan rasa tepung yang lebih. Itu yang sedap tu kan. Resepi cucur badak frozen pun boleh buat ikut cara ini. Bila dah siap semua, goreng je sekejap lepas lebih
kurang 1/3 masak, lepas tu masukkan dalam plastik dan boleh dah simpan dalam freezer. Mudah je kan. Jom cuba, berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

Bahan Inti :

  • 1 biji kelapa parut saiz sederhana
  • 10 – 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai saiz kecil
  • 1 biji bawang merah saiz bola tenis
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk udang kering

Bahan Bahagian Kulit :

  • 1/2 kilogram ubi keledek oren
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • Secubit garam

Cara Cara :

Cara Buat Inti Cucur Badak :

  1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut.
  2. Kisar dulu hingga lumat. Ketepikan.
  3. Kisar kering kelapa parut supaya halus. Kalau nak gantikan udang kering dengan udang geragau pun boleh. tiada masalah.
  4. Masukkan dalam kuali semua bahan dan masak hingga kering.
  5. Tak perlu letak minyak ya. Bila dah kering elok, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera. Guna api perlahan sahaja. Ketepikan.

Cara Buat Kulit Cucur Badak :

  1. Ubi keledek oreng direbus atau dikukus terlebih dahulu hingga empuk.
  2. Lenyekkan ketika ianya masih panas menggunakan sudu.
  3. Lepas tu baru ketepikan hingga betul-betul sejuk. Bila dah sejuk, masukkan tepung, marjerin dan juga secubit garam. Uli sekata dan bulatkan-bulatkan doh ikut saiz yang diingini. Nak cantik, timbang setiap doh.
  4.  Doh bulat-bulat tadi diratakan/dileperkan dan masukkan inti dalam anggaran 1/2 sudu makan mengikut saiz
    doh anda.
  5. Tutup balik dan gentelkan bagi cantik bulat semula. Tak nak melekat jangan lupa oles sikit minyak
    pada tangan anda ya.
  6. Dah siap semua boleh la panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.

SELAMAT MENCUBA 🙂