Dadih memang enak, makan pulak sambil menonton TV bersama keluarga tanpa sedar tiba-tiba dah habis. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai, terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk-serbuk dadih segera yang diijual. Namun, kita juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap ! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian Resepikini.com. Berikut adalah resepinya.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 20gm agar-agar tali
- 4 liter air
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair/ducth lady full cream
- 400gm krimer coffeemate
- 4 sudu makan gula
- Sedikit garam
Cara Cara :
- Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
- Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan
mendidih. - Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
- Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply