Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Daging Bakar Cicah Air Asam Padu. Sepinggan Nasi Mana Cukup!

Daging Bakar Cicah Air Asam Padu. Sepinggan Nasi Mana Cukup!

Daging Bakar Cicah Air Asam, dengar sahaja dah bertakung air liur dibuatnya. Kena pula daging lembut yang diperap sempurna, nasi satu periuk pun tidak cukup!. Namun untuk mendapatkan daging yang sempurna bukan mudah, perlu ada caranya. Resepikini.com kongsikan cara-caranya.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

Daging 500 Gram ~ Bersih dan Toskan

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • 150gm asam jawa
  • 3cm belacan | bakar
  • Air suam secukupnya
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
  • 15 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara Cara:

  1. Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
  2. Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
  3. Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
  4. Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
  5. Sementara itu siapkan air asam.
  6. Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
  7. Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
  8. Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
  9. Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
  10. Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.

SELAMAT MENCUBA 🙂