Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Daging Masak Merah Thai Padu, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Daging Masak Merah Thai Padu, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Pernahkah anda makan daging masak merah Thai?Bukan Calang-calang daging masak merah nii, selain dagingnya kenyal-kenyal pedas warnanya juga unik, Merah Jambu gituuu. Yang biasa makan mestilah menggangap daging itu normal tetapi bagi yang tidak pernah merasanya pasti akan berasa pelik kerana warnanya seakan daging tidak masak bukan. Daging Masak merah Thai ini sangat senang untuk dimasak, mari kita lihat cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 paket daging. Rebus dulu dan tambahkan pewarna merah
  • 2 sudu makan cili blender
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 biji bawang putih di tumbuk kasar
  • Sedikit ajinomoto
  • Secubit gula

Bahan hiasan

  • 1biji bawang besar potong
  • 1 tangkai cili merah besar
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun ketumbar

Cara Cara:

  1. Daging dipotong [email protected]
  2. Tumis dulu bawang putih sampai naik bau.
  3. Lepastu masukkan daging, kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan cili blender, cili sos, sos tomato, sos tiram, sos ikan kacau semua sampai naik bau
  5. Masukkan sedikit gula dengan ajinomoto kacau lagi sampai sedikit kering.
  6. Kemudian masukkan sedikit air.
  7. Tabur bahan hiasan kacau sampai smua sebati. Siap.

SELAMAT MENCUBA 🙂