Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Dalca Daging Ala Kenduri. Buat Sendiri Baru Puas Makan!

Dalca ni kiranya macam menu wajib kan kalau makan dengan nasi-nasi berperisa macam nasi minyak, nasi beriani dan yang sewaktu dengannya. Tapi kalau makan dengan roti jala atau roti canai pun sedap. Dalca ni boleh dipelbagaikan lauknya seperti daging, ayam malahan kaki ayam juga boleh. Kalini Resepikini.com kongsikan cara masak dalca daging sayur. Mari kita lihat cara-caranya.

 

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 2 kg daging tetel
  • 12 sudu makan serbuk kari daging | bancuh dengan sedikit air
  • 1 liter santan pekat
  • Air secukupnya
  • 15 biji bawang merah | kisar
  • 6 ulas bawang putih | kisar
  • 1 1/2 keping gula melaka
  • 4 sudu makan cili giling
  • Minyak masak secukupnya
  • 5 biji terung panjang | potong kecil
  • 4 batang lobak merah | dipotong kecil
  • 10 biji jagung mudah | dihiris serong
  • 15 tangkai kacang panjang | dipotong
  • 1 biji nanas muda | dipotong kecil
  • Garam secukup rasa

Cara Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga masak.
  3. Tambahkan rempah kari yang telah dibancuh air. Biar hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging. Masak sehingga empuk.
  5. Tambahkan santan dan air secukupnya ikut kepekatan yang disukai.
  6. Tambahkan hirisan nanas. Biar hingga mendidih.
  7. Masukkan juga gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali, tambahkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
  9. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Air jangan ditambah terlalu banyak kerana sayur dan nanas akan mengeluarkan airnya sendiri.

SELAMAT MENCUBA 🙂